Salah satu agenda utama dakwah ialah membina generasi baru berkeperibadian Muslim yang mantap dan sempurna. Tugas ini akan lebih berkesan sekiranya ia didokong sepenuhnya oleh ibu-ibu orang yang paling dekat dan rapat dengan generasi baru ini. Untuk itu, langkah-langkah perlu diusahakan bagi membimbing dan melatih ibu-ibu sebagai pendakwah. Bimbingan dakwah kepada golongan ibu harus meliputi beberapa perkara asas berikut, antaranya ialah pemupukan kesedaran dan kefahaman terhadap misi serta ruang lingkup dan cabaran dakwah dalam konteks masa kini.
Antara misi dakwah penting yang harus dijayakan oleh ibu-ibu ialah membangunkan generasi baru Muslim yang mantap yang diukur dari sudut nilai akhlak, kecerdasan minda, kestabilan emosi, kecergasan jasmani dan ketaatan kepada rukun dan perintah agama. Ibarat pepatah `melentur buluh biar dari rebungnya’, ibu-ibu merupakan pelentur yang paling berkesan terhadap anak-anak mereka yang berpanjangan berada dalam dakapan mereka. Ini sejajar dengan sabda Nabi Muhamad menegaskan bahawa anak-anak adalah ibarat kain putih yang suci dan bersih dan terserah kepada ibu bapa mereka untuk mencorakkan bentuk keperibadian mereka di masa depan.
Ruang lingkup ibu-ibu dalam menjayakan misi ini meliputi segenap aspek kehidupan rumahtangga. Rumah merupakan pusat pembentukan keperibadian anak-anak terawal sehinggalah mereka mula terdedah kepada persekitaran luar yang dipengaruhi oleh guru-guru dan rakan sebaya dizaman persekolahan. Ruang hidup di rumah merupakan
medan yang paling berkesan untuk ibu-ibu memanafaat waktu dan pergaulan bagi menjayakan misi dakwah tersebut. Rumah sebagai pusat pembentukkan keperibadian memerlukan satu suasana yang bercorak kependidikan.
Untuk itu, tatacara pergaulan antara anak-anak, peraturan dalam berpakaian, masa untuk berhibur dan bersukan, tertib dalam percakapan, tempoh untuk pelajaran, sikap membantu dan tanggungjawab terhadap keluarga adalah antara disiplin-disiplin yang harus dari awal perlu disusun secara teratur dan dipantau secara tegas oleh ibu-ibu khususnya. Pembentukan disiplin ini memerlukan ibu-ibu bertindak sebagai pendakwah yang berkesan dalam erti melayan karenah anak-anak yang sedang melalui zaman peralihan kehidupan yang sangat mencabar.
Bagi menjayakan tugas inilah, para ibu harus benar-benar memahami cabaran persekitaran yang sedang berkembang yang menghampat proses pembentukan generasi Muslim yang sempurna. Sebagaimana yang telah diketahui, negara kita amat terdedah dengan agenda pembudayaan barat yang disalurkan secara meluas menerusi media dan teknologi maklumat. Model-model budaya barat dalam bentuk filem, artis idola, nyayian, fesyen dan seumpamanya, sekiranya tiada kawalan yang ketat terhadap gerakan pembudayaan ini, cita-cita yang diharapkan tidak mungkin kesampaian.
Para ibu harus menyedari dan memahami dengan sebenarnya proses ini sebagai asas sebelum usaha pengawalan dijayakan. Menerusi pemahaman ini, para ibu boleh bertindak dalam mempengaruhi anak-anak dalam memilih rakan sebaya, memantau masa terluang, mengawal bahan-bahan bacaan dan menentukan corak hiburan yang sesuai dengan perkembangan emosi mereka.
Dalam hubungan ini, para ibu perlu didedahkan dengan pelbagai pendekatan pembangunan dan pendidikan anak-anak terutama yang dianjurkan oleh para ilmuan Islam. Ia meliputi pendekatan menegur anak-anak pada usia yang masih kecil dan diperingkat remaja, pendekatan mempengaruhi emosi dan kepercayaan anak-anak dan pendekatan dalam meningkatkan minat terhadap pengajian, pendidikan agama dan seumpamanya.
Untuk itu, ibu-ibu harus mempelajari banyak teknik-teknik yang berkaitan dengan pembangunan anak-anak seperti teknik kaunseling, teknik mengawal emosi, teknik membimbing anak bermasalah, teknik memuji dan motivasi. Kemahiran ini akan menjadi pelengkap terhadap langkah-langkah dalam memantau dan mengawal perkembangan anak-anak.
Ibu-ibu juga harus mengentahui cara-cara yang paling berkesan dalam memanafaatkan kualiti masa bersama anak-anak mereka. Memandangkan suasana ibu-bapa yang berkerja pada hari ini, kualiti masa seperti dihujung minggu, hari cuti umum dan waktu-waktu yang terluang dimanafaatkan untuk pembangunan keperibadian anak-anak.
Usaha ini memerlukan sokongan dan dokongan instusi Islam samada bersifat agensi kerajaan atau pertubuhan dakwah di negara ini. Peranan utama institusi ini ialah merangka aktiviti yang bersifat latihan dan bimbingan secara berkala kepada para ibu di segenap peringkat. Ini boleh dilakukan dengan kerjasama strategik bersama kementerian, agensi dan syarikat swasta di mana para pekerja wanita boleh mengikuti aktiviti tersebut di mana pertubuhan dakwah mengemukakan jurulatih, pembimbing dan modul yang bersesuaian. Ia bersifat pendidikan lanjutan yang terbuka kepada semua peringkat ibu-ibu yang dianjurkan secara berkala.
Sebagai langkah jangka panjang, adalah wajar para ibu-ibu ini mempunyai pertubuhannya sendiri di mana usaha-usaha secara berterusan dapat dijayakan seperti penerbitan khusus tentang pendidikan keluarga, pembentukan kumpulan kaunseling dan menyelaraskan aktiviti bersifat kekeluargaan dalam bentuk yang selesa dan murah. Ini bagi memenuhi ruang masa yang terhad yang dimiliki oleh ibu-ibu moden masa kini.
Agenda ini tidak mungkin dapat dijayakan secara berkesan tanpa bantuan pihak kerajaan. Adalah suatu yang amat penting tumpuan dalam konteks mobilisasi ibu-ibu di peringkat bawahan terutama di desa, kawasan perumahan awam dan bandar-bandar di mana para ibu dapat berhubung dan berikteraksi secara berkesan dan meluas setelah beberapa kempen umum peringkat kebangsaan seperti kempen `Utamakan Keluarga’ berjaya dilaksanakan.
Inilah antara idea-idea yang boleh diperhalusi oleh pertubuhan dakwah wanita Islam di negara ini kerana pemerkasaan dakwah dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh di peringkat global memerlukan satu persediaan generasi muda yang benar-benar berkualiti dibangunkan.
Salam kenal ya. Keren loh 🙂
Salam kenal juga:D
Renungannya enak dan gampang dicerna. Salam kenal.
makasih…Salam Kenal Juga:D
Yang Nulis Hobi Merenung kali…
Enak benar dibacanya, serasa sedang bercakap langsung face to face. Tausiyah atau tazkiyah tidak selalu mesti formal, dengan silaturahmi dengan bloger itu pun sarana yang efektif. Tinggal kita bila memanfaatkannya.
Salam Kenal
salam ……. moga pertemuan ini mengeratkan tali ukhwah sesama kita…. good talk,can make a good relationship…….